Tuesday, March 29, 2011

First Journey Contest



Salam..
sempena pembukaan blog First Journey ..first journey telah mengadakan contest utk follower blognya..
jom ramai2 kite follow blog first jouney dan dpt masuk contest ni..

Syarat untuk mendapat hadiah percuma

1. Jadi follower blog first journey ( senang je sesape pun boleh buat ) sesape yang takde blog boleh juga,just create google akaun 
2.  Copy paste n3 ini dan letak banner ( excange banner ) kat sidebar atau mana-mana anda suka
3. Tag seberapa ramai kawan anda untuk join
4.Yang dan join sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya senang saya bw ok. 

Contest ini akan ditutup pada 15 April 2011 dan keputusannya akan diumunkan pada 18 April 2011






HADIAHNYA :
Tempat Pertama : RM 100.00 ( untuk tag yang paling tinggi )
Tempat Kedua   : RM   80.00 ( untuk tag yang kedua tinggi )
Tempat Ketiga   : RM   50.00 ( untuk tag yang ketiga tinggi)

DAN
3 hadiah saguhati 



dan sy nak tag


Mujahidah Ansorullah

Ibtisam
Farra Aqeilla
Mars Mello
Mas Bobot
Apik
Hasmanirah 
Cielah
Makbed
Cahaya Keaslian
Akri Zary
Shafiqah
Almade
SNF
Kaika
Farisha Husna
Iezrah
Syuhada
Zara
Nurul

You Are My Lucky Follower

Salam semua..
arini sy nak join GA You Are My Lucky Follower..GA ni dibuat oleh Aida-Mawi
sebenarnya sy telah ditag oleh Cik Ibtisam ni..so sy pun nak join jugak la GA ni..



ok sy nak tag






Saturday, March 26, 2011

Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru)


Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur. Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir....
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Friday, March 25, 2011

Final

Salam..
sekejap je kan masa berlalu..pejam.celik.pejam.celik.dah nak abis sem4 sy di UMK..sem depan sy akan berpindah ke kampus Jeli..huhu..jauh la nnti kalau nak balik rumah..
final exam pun dah dekat sgt ni..tapi sy xstart study pun lagi..huhu..dah la sem ni asyik busy je ngan presentation, esainmen, lab repot lagi..its ok Izzah..tu semua adat la kan belajar kt U..kalau xde semua tu mesti x rase kepahitan kemanisan hidup di U..

ok..sy dah kena start study utk final ni..tinggal 2 minggu je lagi nk final..terukkan sy ni study last minute..fighting Izzah...kawan2 semua pun fighting for ur exam..all da best..



caiyok2... kawan2

Saengil Chukka Hamnida

Salam semua..hari ni 25/3/2011 merupakan hari lahir adik lelaki sy yg ke-10 thn..
saengil chukka hamnida...
saengil chukka hamnida..
saengil chukka hamnida..
saengil sarang hamnida..
selamat hari lahir abg chik..moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan berjaya dlm hidup..



ni dia birthday boy, abg chik@Ilmam Hazim

sayang abg chik sgt2..saranghaeyo.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...