Tuesday, March 29, 2011

First Journey Contest



Salam..
sempena pembukaan blog First Journey ..first journey telah mengadakan contest utk follower blognya..
jom ramai2 kite follow blog first jouney dan dpt masuk contest ni..

Syarat untuk mendapat hadiah percuma

1. Jadi follower blog first journey ( senang je sesape pun boleh buat ) sesape yang takde blog boleh juga,just create google akaun 
2.  Copy paste n3 ini dan letak banner ( excange banner ) kat sidebar atau mana-mana anda suka
3. Tag seberapa ramai kawan anda untuk join
4.Yang dan join sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya senang saya bw ok. 

Contest ini akan ditutup pada 15 April 2011 dan keputusannya akan diumunkan pada 18 April 2011






HADIAHNYA :
Tempat Pertama : RM 100.00 ( untuk tag yang paling tinggi )
Tempat Kedua   : RM   80.00 ( untuk tag yang kedua tinggi )
Tempat Ketiga   : RM   50.00 ( untuk tag yang ketiga tinggi)

DAN
3 hadiah saguhati 



dan sy nak tag


Mujahidah Ansorullah

Ibtisam
Farra Aqeilla
Mars Mello
Mas Bobot
Apik
Hasmanirah 
Cielah
Makbed
Cahaya Keaslian
Akri Zary
Shafiqah
Almade
SNF
Kaika
Farisha Husna
Iezrah
Syuhada
Zara
Nurul

You Are My Lucky Follower

Salam semua..
arini sy nak join GA You Are My Lucky Follower..GA ni dibuat oleh Aida-Mawi
sebenarnya sy telah ditag oleh Cik Ibtisam ni..so sy pun nak join jugak la GA ni..



ok sy nak tag






Saturday, March 26, 2011

Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru)


Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur. Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir....
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Friday, March 25, 2011

Final

Salam..
sekejap je kan masa berlalu..pejam.celik.pejam.celik.dah nak abis sem4 sy di UMK..sem depan sy akan berpindah ke kampus Jeli..huhu..jauh la nnti kalau nak balik rumah..
final exam pun dah dekat sgt ni..tapi sy xstart study pun lagi..huhu..dah la sem ni asyik busy je ngan presentation, esainmen, lab repot lagi..its ok Izzah..tu semua adat la kan belajar kt U..kalau xde semua tu mesti x rase kepahitan kemanisan hidup di U..

ok..sy dah kena start study utk final ni..tinggal 2 minggu je lagi nk final..terukkan sy ni study last minute..fighting Izzah...kawan2 semua pun fighting for ur exam..all da best..



caiyok2... kawan2

Saengil Chukka Hamnida

Salam semua..hari ni 25/3/2011 merupakan hari lahir adik lelaki sy yg ke-10 thn..
saengil chukka hamnida...
saengil chukka hamnida..
saengil chukka hamnida..
saengil sarang hamnida..
selamat hari lahir abg chik..moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan berjaya dlm hidup..



ni dia birthday boy, abg chik@Ilmam Hazim

sayang abg chik sgt2..saranghaeyo.. 

My feeling





Sunday, March 20, 2011

Header Baru





Salam semua..sebenarnya dah lama nak buat entri pasal header baru kt atas tu..tpi tu la selalu lupe..hehe..ha..tgk header kt atas tu cantik x?bagi sy cantik n comel coz ade gambar yoseob..hehe..sebenarnya header ni bukan sy yg buat sendiri..tapi dibuat oleh Encik Coffee yg baik hati ni. dia buat free je..tak de charge pun..terima kasih sbb sudi buat header utk blog sy.kepada kawan2 yg nak header free boleh la pegi blog Coffee ..

Saturday, March 19, 2011

Gambar Kartun Islamik Paling Cute


Assalamualaikum semua..
Saya nak join contest Gambar Kartun Islamik Paling Cute yg dibuat oleh Cahaya Azyla ..
ok ni header tuan punye blog contest ni..cute je kan..

PABILA JEJARIKU MULA BERBICARA






ni gambar yg sy rase paling cute dan bermakna buat sy sbb gambar ni diberi oleh salah seorang sahabat sy..ni blog dia Mujahidah Ansorullah ..terima kasih Fatimah kerana sudi menjadi sahabat sy..harap persahabatan kita kekal selamanya..juga kepada sahabat2 yg lain..terima kasih..Uhibbuki Fillah..Sahabat yg baik ibarat mentari yg menyinar..

sy nak tag

Mujahidah Ansorullah

Jawharotud Diniah

Musafir Rindu

Si Pencinta Salji

Friday, March 18, 2011

Love in the Quran

Love is an inherent part of ourselves. Love resides in our heart but manifests outwardly in various forms. Love can build our characters and dictate our actions.
As a muslim, let see what Allah says about love in the Qur’an.




Love to worldly enjoyment
“It was made attractive to people, the love of things they crave; women, sons, heaped-up heaps of gold and silver, branded horses, cattle and will-tilled land. But that is for the enjoyment of this worldly life, But Allah, with Him is the beautiful homecoming” (Surah Imrân 3:14)
“They (the disbelievers) love this worldly life more than the Hereafter” (Surah Nahl 16:107)

Sacrificing what is loved
“You will not attain righteousness, unless you give of that which you love” (Surah Imrân 3:92)

The believers’ love
“And yet there are some people, who replace Allah with rivals, loving them as Allah is loved. But the believers love Allah more intensely” (Surah Al-Baqarah 2:165)
“O you believe … Allah has made you love the Faith, and made it so beautiful in your hearts, and has made you hate disbelief, immorality and rebelliousness. These are the righteous. This is grace and bounty, from Allah, as Allah is All-knowledgeable and All-Wise” (Surah Hujurat 49:6-8)
“Say (O Mohammed) “If you do love Allah, follow me, Allah will love you, and forgive your sins, as Allah is All-Forgiving, All-Merciful”. Surah Imrân (3:31)

Friday, March 11, 2011

Hati Sebesar Cawan dan Hati Sebesar Kolam


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Thursday, March 10, 2011

Permata Hatiku




Aku rindu..
Aku amat merindui dirinya..
Teringat kenangan kami yang terukir indah..
Masih terbayang lagi gelak ketawanya..
Akulah orang yang paling rapat dengannya..
Segala benda kami kongsi..
Dulu..
Apa yang aku suka,dia pun suka..
Kemana aku pergi,dia ikut..
Apa yang aku nak dia pun nak..
Dialah adikku..
Dialah teman sejatiku..
Dialah permata hati kami..
Seperti baru semalam dia meninggalkan kami..
Semua itu berlaku dalam sekelip mata..
Sukar untuk aku menerimanya..
Tapi kugagahkan jua..
Kerana Allah lebih menyayanginya..
Aku tahu pasti dia bahagia disana..







Sekalung Al-fatihah untuk arwah adikku,Izyan Muslihah binti Rosdi..
Kehadiranmu amat bermakna dalam hidupku..walaupun hanya seketika cuma..semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Amin.


Heartbeat


salam..annyoung haseyo..
komavo sbb sudi bace blog sy..sy nak kongsi lagu ni dari grup 2pm.tajuk lagu ni heartbeat..











Gratisan Musik



Monday, March 7, 2011

Rama-rama vs Wanita









Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.


- Artikel iluvislam.com


Saturday, March 5, 2011

Saya Tak Mahu Jadi Dewasa



Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.

Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.

Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasal forensic evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.

Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.




Testing..testing

salam..
ni saje je testing wat background yg comel kat belakang ni..hehehe..suke sgt sbb jadi..=)..kalau korang nak wat background post yg comel camni pegi kat blog Lyssa yg comel ni..selamat mencuba kawan-kawan..














Thursday, March 3, 2011

Vote 4 Me

sebenarnya nak mintak tolong korang vote sy kt contest ni


no sy ialah 52..klik kat sini ye utk vote.dan disini gambar yg sy pertaruhkan.simple je..
saje je mencuba nasib..=)

Wednesday, March 2, 2011

Faceblog

Mesti dah ramai yg join Faceblog ni kan..kepada blogger yg belum join lagi jom join Faceblog ni..



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit

kepada blogger yg ingin join faceblog ni klik kat gambar diatas ye..

Jom Join Bloglist Blogger Baru





Jom join bloglist blogger baru ni..sesiapa yg ingin sertai followernya hendaklah kurang drp 300 org..kalau nak tahu lebih details klik banner di atas atau klik sini.


p/s: mlm ni kena study..sbb esk de test..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...